Hari ini saya akan berkongsi resepi telur gulung ala orang Korea. Peminat drama-drama korea pastinya tahu seperti apa rupa telur gulung ini kerana ia merupakan antara hidangan sampingan yang boleh dikatakan penting bagi orang Korea seperti kimchi. Telur gulung ini juga selalu diletakkan di dalam bekal makanan atau lebih dikenali sebagai 'lunchbox'.
BAHAN-BAHAN.
- 4 biji telur
- Daun bawang
- Lobak merah
- Bawang Holland
- Minyak masak
- Garam
- Serbuk lada hitam
CARA-CARA
- Pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk dan pukul telur itu.
- Potong bawang Holland dan lobak merah secara halus.
- Potong daun bawang juga..
- Masukkan bawang Holland, lobak merah, dan daun bawang ke dalam mangkuk yang mengandungi telur tadi.
- Tambahkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Kacau sehingga semua sebati.
- Masukkan minyak masak dan panaskan kuali yang ingin digunakan. Pastikan minyak disapu rata di permukaan kuali supaya telur yang digoreng tidak melekat pada kuali nanti.
- Tuangkan sebahagian campuran telur ke dalam kuali.
- Pastikan telur yang dituang tersebar dengan sekata.
- Gulung telur tersebut apabila ia sudah 60% masak.
- Letakkan telur yang sudah digulung itu ke tepi kuali dan tuangkan lebihan telur tadi sedikit demi sedikit. Pastikan telur yang diletakkan itu akan terkena pada telur yang telah digulung itu kerana kita ingin menyambung lapisan seterusnya untuk menjadikan ia tebal.
- Ulang langkah 8-10 sehingga lebihan telur itu habis.
- Pastikan kedua-dua belah telur yang telah digulung itu masak sebetulnya.
- Potong telur gulung tersebut dan letakkan di atas pinggan. Ianya sudah siap untuk dihidang!
p/s: Sesetengah orang korea menggunakan kuali yang berbentuk segiempat bagi bentuk yang lebih cantik. Jika anda tidak mempunyai kuali tersebut, anda boleh sahaja menggunakan kuali yang berbentuk bulat.
I never know u can cook..try hard
ReplyDelete