BIBIMBAP

 Kali ini saya akan berkongsi makanan korea kesukaan saya iaitu Bibimbap. Bagi yang tidak mengenali apa itu Bibimbap, Bibimbap adalah umpama nasi goreng tetapi ia tidak perlu digoreng. Ia hanya perlu digaul dan siap untuk dimakan. Resepi ini sangat senang dibuat jika anda rasa malas untuk memasak. takperlu masak banyak lauk. Bibimbap adalah semua dalam satu. Selalunya ada yang meletakkan daging di dalam Bibimbap tetapi saya akan meletakkan tuna ke dalam Bibimbap saya. Bagi saya Bibimbap adalah salah satu 'comfort food' bagi saya...


Bibimbap yang melazatkan...


BAHAN-BAHAN
  1. Nasi putih yang telah dimasak.
  2. Bayam
  3. Taugeh
  4. Lobak merah
  5. Timun
  6. Gochujang untuk Bibimbap (boleh didapati secara online atau kedai yang mengjual barang masakan korea)
  7. Satu tin tuna.
  8. Cendawan butang(optional)
  9. 1 biji telur
  10. Minyak bijan
  11. Garam
  12. Rumpai laut yang dihancurkan
  13. Bijan

CARA-CARA
  1. Pertama sekali, kita harus mencelur bayam dan taugeh dahulu. Jangan terlalu lama kerana kita tak mahu sayur itu untuk jadi lembik.
  2. Potong timun dan lobak merah secara halus dan panjang-panjang. Potong juga cendawan butang seperti biasa.
  3. Tapis sayuran yang dicelur tadi dan panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
  4. Gorengkan sekejap lobak merah, timun dan cendawan butang. Jangan goreng terlalu lama sebab tidak mahu sayuran itu lembik juga. Goreng semua sayuran itu secara berasingan. Tambahkan juga garam sedikit ketika menggoreng.
  5. Buka tin tuna dan buangkan air yang ada didalam tin. Goreng tuna itu seketika.
  6. Masukkan nasi putih  ke dalam mangkuk. Susun sayuran dan tuna yang sudah dimasak keatas nasi putih.
  7. Tuangkan minyak bijan sedikit. Letakkan telur mata yang telah digoreng. 
  8. Taburkan rumpai laut dan juga bijan di atas.
  9. Letakkan sos Gochujang untuk Bibimbap di atas dan ia sedia untuk dihidang.

p/s: gaulkan kesemuanya dahulu sebelum makan. Selamat mencuba.




Comments

Post a Comment