Jadi harini saya akan berkongsi resepi nasi goreng kimchi dengan anda semua. Dengar macam senang je kan? Tapi rasa dia sangat sedap tau...memang rugi lah kalau tak cuba tu...
Kimchi adalah sangat popular dan boleh dikatakan salah satu simbolik bagi negara Korea Selatan. rasa kimchi adalah sedikit pedas dan sedikit masam. Ia sangat sedap jika dimakan dengan nasi putih atau ramen. Banyak lagi hidangan yang dibuat menggunakan kimchi ini sebenarnya tetapi harini saya akan kongsi agaimana mahu membuat nasi goreng kimchi dahulu.
Nasi goreng kimchi yang sangat dimakan panas-panas...
BAHAN-BAHAN
- Nasi yang sudah dimasak dan disejukkan.
- Kimchi (boleh didapatkan di pasaraya atau boleh dibeli secara online)
- Minyak bijan
- Sedikit Daun bawang
- 100g Daging
- Bawang Holand
- Cili giling
- 1 biji telur
- Satu kiub mentega atau satu sudu mentega
- Garam
- Serbuk lada hitam
- Potong daging kecil-kecil dan panaskan kuali.
- Letakkan sedikit minyak dan masukkan daging.
- Masak daging sehingga matang dan alih ke dalam pinggan.
- Masak telur dan hancurkan semasa digoreng.
- Pindahkan setelah masak.
- Potongkan daun bawang, bawang Holland dan kimchi.
- Masukkan sedikit minyak dan masukkan daun bawang.
- Seterusnya masukkan bawang Holland dan juga kimchi.
- Goreng seketika dan masukkan daging yang telah digoreng.
- Masukkan nasi dan tambahkan sedikit minyak bijan. Goreng sehingga garing.
- Masukkan cili giling sedikit dan masukkan mentega. Gaul sehingga rata.
- Masukkan telur dan gaul. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam.
- Setelah semuanya bergaul dengan rata dan garing. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
p/s: jika ada mahu menambahkan rumpai laut dan telur mata untuk dimakan bersama juga boleh...
Alhamdulillah saya dah try ikut resepi, sedap sangat! suami dan anak anak suka 😃
ReplyDeleteNanti time saya kawen boleh la order buat makanan tambahan yea... :)
ReplyDelete