Hai dan Assalamualaikum....
Selamat datang ke blog saya. Di mana di sini saya akan berkongsi resepi-resepi masakan orang-orang Korea yang pastinya sedap-sedap belaka. Bagi peminat drama Korea di luar sana pastinya terliur melihat masakan-masakan yang dimasak dalam drama-drama Korea itu kan? Jadi apa kata kita cuba masak masakan-masakan tersebut.
Tujuan saya membuat blog adalah untuk membantu peminat-peminat makanan korea di luar sana yang mungkin masih tidak mempunyai kesempatan untuk merasa makanan korea disebabkan oleh halangan seperti PKP yang sedang dilakukan di Malaysia ini. Atau mungkin disebabkan oleh restoran-restoran masakan Korea yang jauh dari kawasan rumah anda.
Jangan bersedih... saya akan berkongsi dengan anda semua resepi-resepi yang mudah dan senang untuk dicari bahan-bahannya. Jadi selepas ini tak perlu lagi bersusah payah untuk mencari restoran makanan Korea di luar sana. Kita masak sahaja di rumah. Jimat kos dan boleh disediakan mengikut seberapa banyak yang kita mahu dan juga boleh dimakan dengan keluarga tercinta..
p/s: Jangan risau resepi-resepi yang dikongsi adalah HALAL bagi yang muslim.
SEDAPNYAAA TAK SABAR NAK CUBA
ReplyDeleteAlhamdulillah saya dah try ikut resepi, sedap sangat! suami dan anak anak suka 😃
ReplyDeleteTengok macam sedap tapi tu la...single katakan..nak masak bagi sapa makan
ReplyDelete